Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organic chicken.
Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.
Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan